Full width home advertisement

Post Page Advertisement [Top]

Someone i know, suka sangat masak nasi lelebih.
Dan end up tak abis makan.
Ko tau ape jadi lepas tu?
Dia nak buang.

Yup.
Nak buang nasi yang masih elok lagi.
Bukan sikit ok.
Selalunya banyaaaaaaak.
Perhatikan hurup 'a' yang aku taip tu.
Memang banyak le tu.

Banyak tu cukup la untuk 2-3 orang makan lagi.
Kalau kadang-kadang terlebih, aku ok je la nak buang.
Masalahnya hampir setiap hari.
Dan aku terpaksa menyaksikan nasi lebihan ni dibuang tiap hari.
Ko cer bayangkan.

Tiap hari jugaklah aku merasakan kesedihan itu.
Sedih sebab kenapa nasik ni kena buang?
Bila dah kerja sendiri, carik duit sendiri susah payah siang malam dan menyaksikan pembaziran berlaku atas hasil usaha itu, memang akan hadir perasaan kesal.

Mengikut pemahaman dia, nasik atau makanan yang masih elok ni tak leh dibuang.
Tapi kita kena tunggu sampai dia dah basi atau tak elok, baru buang dalam tong sampah.
Jadi?
Adakah dengan membiarkan nasik tersebut membasi dalam bekas adalah perkara yang sepatutnya dilakukan?
Dia punya konsep tu sama jugak la kan dengan pembaziran.
Cuma cam nak cover rasa bersalah tu, dibiarkan membasi busuk dengan sendiri.

Bagi aku la kan, aku imagine, ibaratkan la nasik ni hidup macam 'orang'.
Lepas tu ko biarkan dia membasi ibaratnya macam ko seksa atau torture dia teruk sampai mati.
Lepas tu 'mayat' dia ko amik buang dalam laut ke dalam hutan ke.
Means nasik tu dah busuk basi berspora kuning bagai tu baru buang dlm tong sampah.
Boleh tak gunapakai imaginasi aku ni?

Series.
Aku tak boleh dah.
Aku mesti selamatkan jugak nasik lebihan ni.
Ibarat seorang superhero menyelamat 'orang' yang tak bersalah dan dihukum seksa sampai mati.
Haha.

Akhirnya, ape aku buat?
Aku akan senyap-senyap simpan dalam tuperware.
Masuk dalam peti ais.
Lepas tu goreng sampai jadi nasi goreng buat sarapan esok paginya.
Semua pun selamat kan?

Ye. Jangan risau.
Aku akan pastikan nasi tu tak basi lah.
Baru buat nasi goreng.
If dah basi, aku terus la buang je.
Nak wat camne kan...

No comments:

Post a Comment

Bottom Ad [Post Page]